Aplikasi KitaSelangor Sepadu (AKSES)
Kerajaan Negeri Selangor
Full-stack Developer
PHP 8.3 · Laravel · PostgreSQL · GitHub Actions
AKSES (Aplikasi KitaSelangor Sepadu) adalah portal bantuan rakyat berpusat di bawah inisiatif Iltizam KitaSelangor Penyayang, Kerajaan Negeri Selangor. Platform ini menyatukan 46 program bantuan kerajaan ke dalam satu sistem digital yang boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat Selangor.
Sistem ini berfungsi sebagai pusat sehenti digital untuk permohonan bantuan kebajikan — daripada bantuan tunai, perumahan, pendidikan hinggalah keperluan orang kurang upaya (OKU). Warga Selangor boleh memohon, menyemak status, dan menerima makluman terus melalui satu platform sahaja.
Terlibat dalam pembangunan portal admin dan portal awam, serta pengurusan migrasi pangkalan data yang kompleks. Sistem ini dahulunya dikenali sebagai SSIPR sebelum dijenamakan semula sebagai AKSES.
© 2026 Mohd Afiez Bin Abdul Haris. All rights reserved.
